BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 9 Jun 2010

Mengimbau kembali





ni nak citer sikit macam mana aku leh minat dengan aril ni.

mula tu aku memang tak pernah langsung tgk akademi fantasia ni, nak pulak tgk nyanyi2 ni lagi la jarang maklum la aku ni jarang tgk tv pun. Kalau dengar lagu pun kat youtube je. Entah macam mana hari tu terdengar lak lagu Menatap Matamu ni. First time dengar lagu ni aku dah minat tapi masa ni belum minat aril lagi. Aku pergi cc dan buka youtube taip nama aril banyak yang kuar klik je mana satu. Dari situ aku mula minat aril tapi tak la terlampau minat sangat pun. Maklum la aku ni jarang sangat minat artis pun, kalau minat pun minat gitu2 je tapi bila aku mula kenal aril dan masuk Aril Lovers aku boleh kata jadi peminat setia. Mana2 rancangan yang ada aril mesti aku tgk.

Kat youtube ni aku tgk aril ada citer sikit pasal cari.com.my dan aku pun masuk la web tu, yang bestnya tak perlu la aku nak daftar dah sebab aku memang dah daftar lama pun kat web tu cuma aku ni tak rajin nak masuk je. heheh, Aku pun cari nya cari kat web tu baru jumpa thread Aril Lovers yang aril maksudkan tu. Aku pun join la thread kat situ, aku masuk pun suka2 je. Bila dah jadi ahli Aril Lovers tu rasa seronok pun ada. Nak tau kenapa sebab aril pun selalu gak masuk thread Als singkatan kepada Aril Lovers. Walaupun kitaorang semua dalam thread als ni tak pernah jumpa tapi dah jadi sebuah keluarga.

Aku bukan ramai kawan sangat pun lagi2 dok kat bandar ni memang tak ramai kawan la. Setidaknya bila dah masuk als ni kawan pun ramai, seronok pun seronok gak. Masa aku banyak habis dengan keje je. Jadi bila dah jadi ahli als ni dan kawan pun ramai lepas tu minat benda yang sama kita jadi seronok dan tak rasa sunyi. Aril pulak selalu gak masuk thread als ni kadang2 sembang dan ada gak kawan2 als ni yang kebanyakkan dah berjumpa atau dah bertentang mata dengan tuanpunya badan sendiri iaitu aril. Yang paling best bagi aku first time aku dapat sembang dengan aril kat thread als, rasa mcm mimpi pun ada. Sapa yang tak kenal aril memang tak tau aril macam mana tapi bagi aku aril ni seorang artis yang aku belum pernah aku jumpa dan aku beruntung sangat dapat kenal aril ni walaupun belum ada rezeki nak berjumpa.

Dari cerita kawan2 yang dah jumpa aril ni, mereka kata aril ni baik, sporting, lawak, pandai layan peminat dan mcm2 lagi. Lepas tu kalau dah jumpa aril ni mereka yang tak banyak cakap atau banyak cakap (golongan mana2 ) pun leh jadi sekepala dengan aril ni. Kalau sekali dah jumpa rasa macam nak jumpa lagi dan lagi, begitu la mereka kata rasa macam tak puas. Bila dah dengar citer mereka ni aku rasa berkobar2 nak jumpa dan nak tgk betol ke mereka kata ni. Tapi dari sudut pandangan aku memang apa yang mereka kata ni betol sebabnya sebahagian besar yang tak suka pada aril ni bila dah jumpa dan kenal aril ni terus jadi suka dan minat. Tak silap aku ada satu web ni bergossip tentang aril, kalau gossip tu benar tak apa jugak ni tak dan aril sendiri masuk dalam web gossip tu gitau dan terangkan segalanya apa yang jadi.

Aril jugak akan citer apa yang berlaku kat kitaorang als sebelum benda tu jadi gossip dan tersebar kat akhbar ke. Bila timbul gossip berkenaan perkara tu jadi kitaorang tau itu tak betol sebab aril dah citer semuanya. Aril gak rajin buka thread als utk kitaorang berteduh (sembang2). Sekarang thread yang terbaru dah mejangkau 100 biji banglo als dan yang ke 100 ni khas punya aril buat. Memang aril yang the best dan sporting habis. Dari situ aku dah minat habis kat aril ni. Aku sentiasa menyokong apa jua kerjaya aril dan sentiasa mengikuti pekembangan aril.

Kalau korang nak join Aril Lovers ni masuk kat sini -> http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=488522&extra=page%3D1




0 ulasan: